Keluarga Baru

day offline 19/06/2009 nurindah offline 18/06/2009 faidhi offline 13/06/2009 naa offline 04/06/2009 Nue offline 01/06/2009 Naa Khairi offline 31/05/2009
nikmroz offline 28/05/2009 ayrie offline 28/05/2009 Jaa offline 19/05/2009 EYDA offline 16/05/2009 theone offline 12/05/2009 nadwa offline 12/05/2009

Undian

Siapa Boleh Mendaftar?
 
Di Mana Anda Sekarang?
 

Siapa Di Talian

No Users Online

Who's Online

Jumlah Ahli

330 registered
0 today
0 yesterday
0 this week
0 this month
Last:
day offline

Kumpulan Baru

No groups found using the search words you entered
Utama
Konvensyen PUM Peringkat Negeri
Friday, 12 June 2009
Hari Rabu dan Khamis baru-baru ini (10 & 11 Jun ) telah diadakan Konvensyen Persatuan Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri 2009 kat Permai Inn Kuala Terengganu. Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus membuat latihan, dimarahi oleh guru pembimbing PUM sekolah kami, akhirnya syarikat kami berjaya mendapat gelaran syarikat terbaik dan akan mewakili negeri Terengganu untuk Konvensyen PUM Peringkat Kebangsaan nanti. Insya-Allah, 26-29 Jun.

Barisan ALP Syarikat CEO Sdn. Bhd. ialah Muhammad Aiman bin Kamisan selaku Pengarah Urusan, Muhammad Ariff Imran bin Norisham selaku Pengurus Pentadbiran, Wafiuddin bin Md. Ghazali selaku Pengurus Pemasaran, Nurul-Syafiqah bt Che Muhammad Nor selaku Pengurus Pengeluaran dan Farah Nadzirah bt Abd. Majid selaku Pengurus Kewangan serta dibantu oleh seorang Pengurus ICt iaitu pemilik blog ini.



- KEPUTUSAN PENUH -

SYARIKAT TERBAIK :
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : DG-Central Sdn. Bhd. ( SMKA Durian Guling)
Ketiga : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

LAPORAN SYARIKAT TERBAIK :
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : DG-Central Sdn. Bhd. ( SMKA Durian Guling)
Ketiga : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

PERSEMBAHAN TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Kedua : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Ketiga : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )

PENGURUS TERBAIK
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Ketiga : Golden Cara Sdn. Bhd. ( SMKA Sheikh Abdul Malek )

GURU PEMBIMBING TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Kedua : City Paradise Sdn. Bhd. ( SMK Dato' Razali Ismail )
Ketiga : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )

PRODUK KREATIF
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Saguhati : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)

PERKHIDMATAN KREATIF
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Saguhati : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

PENGETUA TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Saguhati : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )
Saguhati : Double T Sdn. Bhd. ( SMK Sultan Omar )

Tahniah kepada semua!
 
 
UPSI Kekurangan Bakal Guru Bukan Melayu dan Lelaki
Wednesday, 10 June 2009

KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.

 

Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.

 

“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama

 

 

 

 
Anda Penyayang Atau Prihatin?
Saturday, 30 May 2009
KUALA TERENGGANU - Marilah kita membantu adik Aiman yang menghidap sejenis kanser.



RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PERUBATAN KANSER ADIK AIMAN
Pada kenkawan yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimo anak saya
Sumbangan ikhlas anda:
Mazian Binti Musni(ibu aiman)
Maybank A/C No : 164490068229
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!



 
Kementerian Kaji Hadkan Subjek SPM
Saturday, 30 May 2009
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.

Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.

Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paad 25 Mei ini. - Bernama
 
Berita Harian
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 5 of 57

Peristiwa Terkini

Tiada peristiwa terkini dalam senarai.
Tunjuk Kalendar Penuh
Tambah Peristiwa